Berita Sukan
Olimpik Paris: Pearly-Thinaah jumpa pasangan Korea Selatan di suku akhir
PARIS 31 Julai - Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah akan berdepan pemenang pingat gangsa edisi lalu, Kim So Yeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan dalam perlawanan suku akhir badminton Sukan Olimpik Paris 2024, pada Khamis.
Undian pusingan kalah mati dijalankan selepas tamat kesemua perlawanan peringkat kumpulan acara beregu wanita di Porte de La Chapelle Arena, malam tadi.
Pada temasya Olimpik Tokyo 2020, So Yeong-Hee Yong meraih gangsa selepas mengetepikan cabaran rakan senegara Lee So Hee-Shing Seung Chan pada perlawanan penentuan pingat.
Pada satu-satunya pertemuan sebelum ini, Pearly-Thinaah tewas kepada pasangan Korea Selatan itu 14-21, 14-21 dalam perlawanan peringkat kumpulan saingan Jelajah Dunia Akhir 2021.
Jika Pearly-Thinaah berjaya mengatasi gandingan kesepuluh dunia, pemenang emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu bakal diuji lebih hebat apabila berdepan juara dunia empat kali Chen Qing Chen-Jia Yi Fan sekali lagi di separuh akhir.
Berdasarkan percaturan atas kertas, pasangan China itu dijangka tidak mempunyai masalah menyingkirkan wakil Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva di suku akhir acara beregu wanita itu.
Pearly-Thinaah yang menghuni tangga ke-13 dunia memulakan kempen peringkat kumpulan dengan langkah kiri apabila tewas kepada Qing Chen-Yi Fan, sebelum mencipta dua kemenangan luar biasa mengatasi pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dan Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti untuk mara ke suku akhir.
Sementara itu, undian berkenaan menyaksikan gandingan kedua terbaik dunia, Baek Ha Na-Lee So Hae dari Korea Selatan akan bertemu Liu Cheng Shu-Tan Ning manakala wakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dijadual membuat perhitungan dengan pasangan Denmark, Maiken Fruergaard-Sara Thygesen.
Berita berkaitan
January 24, 2025, 10:05 am
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
January 18, 2025, 12:25 pm
Kerjasama mantap pastikan kemenangan besar JDT ke atas TFC
January 13, 2025, 12:33 pm
Peruntukan RM30 juta tingkat motivasi Harimau Malaya
January 12, 2025, 11:18 pm
Harimau Malaya dapat peruntukan tambahan RM15 juta, dibiaya syarikat swasta
January 10, 2025, 12:15 pm
Pemain pertahanan JDT terpaksa berehat panjang akibat kecederaan ACL
January 7, 2025, 5:15 pm
Bumbung bocor, aksi Terbuka Malaysia di Axiata Arena terganggu
January 3, 2025, 3:12 pm
Masa depan Azizulhasni bersama pasukan kebangsaan masih samar
December 30, 2024, 11:20 am
Atlet silambam harum nama Malaysia, bawa pulang 12 emas, juara keseluruhan kejohanan Asia
December 24, 2024, 12:07 pm
FAM gantung keahlian KAFA berkuat kuasa serta-merta
December 20, 2024, 11:54 am