TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Wang tunai RM2 juta jadi ganjaran atlet bawa pulang pingat emas Olimpik pertama negara

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 26 Julai - Ganjaran wang tunai RM2 juta akan diberikan kepada atlet negara yang berjaya menunaikan misi negara untuk membawa pulang pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024.

Kementerian Belia dan Sukan dalam satu kenyataan berkata, wang tunai itu adalah tajaan tiga syarikat korporat iaitu Holdings Berhad, Matrix Concepts Holdings Berhad dan juga MJ Health Screening Centre

"Ganjaran itu sebagai menyuntik semangat 26 atlet negara ke temasya yang akan membuka tirai secara rasminya malam ini.

"Yinson Holdings Berhad akan menyumbang sebanyak RM1 juta manakala Matrix Concepts Holdings Berhad dan juga MJ Health Screening Centre masing-masing memberikan sejumlah RM500,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kementerian itu lagi, jumlah keseluruhan RM2 juta bakal diterima atlet yang memenangi pingat emas pertama Malaysia di Paris dan sekiranya lebih seorang atlet memenangi pingat emas, wang akan dibahagikan sama rata antara mereka.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam kenyataan sama berkata, tajaan berkenaan akan membakar semangat kesemua atlet bertanding untuk mencapai sasaran emas pertama Malaysia di temasya berprestij dunia itu.

"Terima kasih saya ucapkan kepada semua penaja atas tajaan yang diberikan dan kepercayaan bahawa atlet Malaysia mampu untuk membawa pulang emas pertama buat negara. Saya yakin semua atlet akan berusaha memberikan yang terbaik di bumi Paris,” katanya. - Media Telus

#SUKAN #OLIMPIKPARIS #KBS #WANGTUNAI

+ - reset