Berita Hiburan
Harith cerai isteri talak satu, Dr Jezamine nasihat wanita berdikari, ada impian sendiri
KUALA LUMPUR 25 Julai – Rumah tangga pelawak Harith Iskander dan bekas isteri, Dr. Jezamine Lim yang dibina selama 14 tahun akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.
Harith atau nama penuhnya Harith Iskander Musa, 57, melafazkan cerai talak satu pada jam 12.05 tengah hari di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Jezamine pada 24 Jun lalu.
Hakim Syarie Wan Mohd. Najib kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Jezamine, 41, menjalani tempoh idah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.
Menerusi prosiding hari ini, Jezamine dan Harith diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang memaklumkan beberapa terma sudah dipersetujui oleh Harith dan Jezamine termasuk nafkah anak manakala proses hak penjagaan anak (hadanah) pulak akan diuruskan pada minggu depan.
“Hari ini, Harith telah melafazkan talak satu di hadapan hakim dan nafkah anak juga telah selesai.
“Kalau nak cakap tentang punca perceraian, memang tiada persefahaman antara plaintif dan defendan.
“Mengenai hadanah pula akan diselesaikan pada minggu depan di Mahkamah Tinggi Syariah,” katanya.
Sementara itu, Dr Jezamine berharap orang ramai tidak memanjangkan isu pengakuan Harith dan mengaitkannya dengan kes kecurangan.
"Dia (Harith) sudah cakap buat silap dan kita patut menghormati. Sebab tak mudah seseorang membuat pengakuan, jadi walau apapun sebabnya, ia bukanlah satu masalah.
"Apa yang penting, kami memaafkan antara satu sama lain dan teruskan kehidupan. Kami berjanji lebih berjaya bersama," katanya.
Mengulas sikapnya yang kelihatan tenang berdepan episod perceraian, Dr Jezamine berkata, dia sememangnya seorang yang tenang.
"Saya selalu percaya sebagai wanita perlu berdiri atas kaki sendiri dan berdikari.
"Ini adalah satu-satunya nasihat yang saya boleh berikan kepada golongan wanita. Di penghujung hari, jangan jangkakan suami akan menjadi segala-galanya bagi kita.
"Saya tidak kata Harith begitu, dia adalah suami dan ayah yang baik, tapi kita selalu berdikari dan ada impian sendiri, jadi kejarlah impian," katanya.
Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
Terdahulu, pada 8 Julai lalu, Jezamine mengesahkan sudah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur terhadap Harith.
Untuk rekod Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.
#harithiskander #jazemine #cerai
Berita berkaitan
December 3, 2024, 10:50 am
WHAM dan FINAS anjur program Intuisi Evolusi Emas Sempena FFM33
November 25, 2024, 12:24 pm
Gebyar Nusantara 2024: Rai seni, warisan, dan pelancongan Indonesia di Kuala Lumpur
November 25, 2024, 10:31 am
Buat galeri untuk kenang jasa Allahyarham Ahmad Nawab
November 24, 2024, 7:46 pm
Legenda muzik negara, Ahmad Nawab meninggal dunia
November 22, 2024, 10:42 pm
Shah Rukh Khan ada di KL, lancar syarikat Bin Zayed International
November 21, 2024, 11:16 am
Ernie Zakri tempah nama di Indonesia, tewaskan Rossa, Afgan
November 20, 2024, 2:40 pm
AR Rahman, isteri umum berpisah selepas hampir 30 tahun berkahwin
November 14, 2024, 4:51 pm
Siti Nurhaliza tampil single baharu hasil kolaborasi istimewa Erwin, Gita Gutawa
November 14, 2024, 11:40 am
Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara
November 12, 2024, 1:01 pm