TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

GTR Burger tarik diri taja KDA FC

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 Julai - Selepas bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), rakan strategik kelab bola sepak itu, GTR Burger memilih untuk menarik diri.

Perkara itu dinyatakan pemilik GTR Burger, Nordin Mat menerusi akaun media sosial rasmi mereka pada malam tadi.

"Salam buat semua penyokong KDA FC yg saya hormati. Saya telah menemui Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar siang tadi dan memaklumkan GTR Burger akan menarik diri sebagai rakan strategik KDA FC mulai hari ini (Rabu).

"Saya juga memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua atas segala kesulitan yang berlaku dan mendoakan KDA FC akan terus maju jaya pada masa hadapan," katanya.

Namun, tidak dinyatakan apa punca sebenar penarikan diri GTR Burger dan hanya permohonan maaf diberikan Nordin.

“Kepada semua penyokong KDA FC, saya dengan rendah hati memohon maaf atas ketelanjuran kata -kata jika ada yang menyinggung perasaan anda.

“Kami mengambil iktibar dan akan memperbaiki segala kekurangan kami,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial berkaitan hantaran oleh seorang penyokong KDA FC yang mendakwa kualiti burger syarikat itu tidak setimpal dengan harganya. - Media Telus

#KDAFC #BOLASEPAK #GTRBURGER #MEDIATELUS

+ - reset