TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

(VIDEO) 'Elok biar lori lalu, biar dua-dua rasa menyesal'

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 24 Julai - Sikap pentingkan diri hingga menyukarkan pengguna jalan raya yang lain sering menjadi perbalahan dalam kalangan warganet.

Terbaharu, sikap dua pemandu kereta yang meletakkan kenderaan mereka hingga mengganggu lalu lintas di sebuah pasar raya pula menjadi tular.

KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH

Menerusi rakaman dirakam seorang pemandu kereta, terdapat dua buah kereta yang diletakkan saling bertentang sehingga membuatkan laluan yang sepatutnya lebar bertukar menjadi sempit.

Bukan itu sahaja, kedua-dua kenderaan itu juga dilihat menghalang laluan pejalan kaki berbumbung yang sepatutnya digunakan pengunjung.

Geram dengan Tindakan dua kenderaan itu, warganet meninggalkan komen supaya satu bentuk pengajaran dapat diberikan kepada kedua-dua kereta itu.

"Buka tingkap, pegang duit syiling, seret sahaja dari belakang sampai ke depan. Halal Bos," kata Markpix Betta III.

"Sebab nak parkir berbumbung, sanggup block laluan Utama kereta dan pejalan kaki," kata Fakri Muniri.

"Macam ini baru seronok letak tong sampah atas bonet, bumbung dua kereta ini," kata Avy Lenso.

Apa sekalipun alasan yang kita berikan, sentiasalah memikirkan hak orang lain di jalan raya kerana itu dikongsi Bersama.

Jangan kerana kita terlalu memikir nak cepat atau merasakan ada perkara penting perlu diuruskan segera, maka langkah menyusahkan pengguna jalan raya lain yang diambil. - Media Telus

#CYBERJAYA #PARKIR #KERETA 

+ - reset