TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Ekonomi

TH umum agihan untung 3.1 peratus

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 2 April - Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus bagi tahun kewangan 2023, sama seperti kadar tahun kewangan sebelumnya.

Agihan keuntungan itu membabitkan jumlah agihan sebanyak RM2.72 bilion, berbanding RM2.65 bilion tahun sebelumnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit TH dan juga setelah mengambil kira pembayaran zakat sebanyak 2.57 peratus.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman agihan keuntungan TH tahun 2023 di sini, hari ini.

Sidang media itu turut disiaekan secara langsung di laman Facebook Tabung Haji pagi ini.

Turut hadir, Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hamadah Syed Othman. - Media Telus

#TABUNGHAJI #AGIHAN #UNTUNG

+ - reset