Berita Hiburan
Tak mudah hidup sendiri, Datuk Red, Adira rancang bersatu semula Aidilfitri tahun hadapan
KUALA LUMPUR 23 Julai - Ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu, 46, atau lebih dikenali dengan nama Datuk Red mengumumkan untuk memperisterikan semula bekas isterinya, Adira pada Aidilfitri tahun hadapan.
Justeru, Datuk Red memohon doa orang ramai supaya perancangannya itu dapat dilaksanakan dengan lancar pada tarikh yang ditetapkan kelak.
Lebih menarik, Datuk Red ingin mengadakan majlis yang meriah, memandangkan mereka tidak pernah mengadakan majlis perkahwinan sebelum ini.
Kata Adnan, dia enggan terburu-buru kembali berumahtangga kerana mahu memberikan fokus melangsaikan hutang terlebih dulu.
"Kami sudah berbincang dan memaklumkan kepada abang Adira, minta jadi wali pernikahan kami nanti.
"Sebenarnya, saya sahaja tanya adakah Adira mahu kembali semula ke pangkuan saya? Tak sangka Adira setuju dan minta majlis pernikahan dilangsungkan pada hujung tahun.
"Tapi, atas sebab tertentu, saya minta tangguh sampai Aidilfitri tahun depan. Jadi doakanlah semoga segala perancangan kami dipermudahkan," katanya ketika dihubungi BH Online.
Sementara itu, mengulas adakah memilih kembali kepada Adira kerana mahu menumpang populariti bekas isterinya yang berstatus selebriti, Adnan menyangkal dakwaan itu.
Katanya, dia mempunyai alasan kenapa memilih Adira dan perkara itu tidak perlu dijelaskan kepada umum.
Adnan berkata, dia tidak lagi berhasrat untuk memiliki dua isteri seperti sebelumnya kerana tanggungjawab itu bukan mudah.
"Bukan sebab Adira berstatus selebriti, jadi saya pilih dia. Masa untuk dipilih sudah berlalu kerana tempoh edah untuk kedua-dua bekas isteri sudah berakhir.
"Jadi, ini adalah masa untuk saya buat pilihan. Ada sebab musabab kenapa saya memilih Adira. Saya sudah malas nak cari pengganti baharu dan mulakan semuanya dari bawah.
"Orang luar tiada dalam dalam kehidupan saya, jadi mereka tak tahu apa berlaku," katanya.
Tambah Adnan, dia tidak akan mempersia-siakan peluang kedua memandangkan usianya pun bukan muda lagi.
"Saya kena ubah cara hidup dan akan fokus pada keluarga dan kerja sahaja. Saya akan usaha untuk langsaikan hutang yang ada.
"Lagipun, bukan mudah hidup sendirian. Bila ada isteri uruskan hidup maka mudahlah sikit kehidupan," katanya
Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Bagaimanapun ikatan perkahwinan sembilan tahun itu berakhir dengan penceraian pada 24 April lalu.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6: Asan, 5: Anggun, 4, dan Ayob, 1.
Berita berkaitan
December 3, 2024, 10:50 am
WHAM dan FINAS anjur program Intuisi Evolusi Emas Sempena FFM33
November 25, 2024, 12:24 pm
Gebyar Nusantara 2024: Rai seni, warisan, dan pelancongan Indonesia di Kuala Lumpur
November 25, 2024, 10:31 am
Buat galeri untuk kenang jasa Allahyarham Ahmad Nawab
November 24, 2024, 7:46 pm
Legenda muzik negara, Ahmad Nawab meninggal dunia
November 22, 2024, 10:42 pm
Shah Rukh Khan ada di KL, lancar syarikat Bin Zayed International
November 21, 2024, 11:16 am
Ernie Zakri tempah nama di Indonesia, tewaskan Rossa, Afgan
November 20, 2024, 2:40 pm
AR Rahman, isteri umum berpisah selepas hampir 30 tahun berkahwin
November 14, 2024, 4:51 pm
Siti Nurhaliza tampil single baharu hasil kolaborasi istimewa Erwin, Gita Gutawa
November 14, 2024, 11:40 am
Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara
November 12, 2024, 1:01 pm