TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Langgar kontrak, Pan-Gon mungkin kena bayar pampasan RM3 juta kepada FAM

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 18 Julai - Bekas jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-Gon mungkin perlu membayar pampasan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas meletakkan jawatan yang melanggar kontrak bersama badan berkenaan. 

 Berdasarkan kepada situasi itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, setiap pekerja dan majikan terikat dengan kontrak masing-masing yang perlu dipatuhi dan diikuti.

Namun, beliau berkata, berkaitan isu Pan-gon dan FAM menyaksikan kedua-dua pihak berpisah secara baik selain badan induk bola sepak negara itu memikirkan sumbangan yang diberikan jurulatih dari Korea Selatan dalam mempertingkatkan kualiti pasukan kebangsaan ke tahap tertinggi.

"Mengikut undang-undang pekerjaan, majikan yang membatalkan kontrak atau memberhentikan pekerja perlu membayar pampasan termasuklah jika berlaku perkara sebaliknya.

"Mengenai peletakan jawatan Pan-gon, FAM dan bekas jurulatih itu mendapat persetujuan bersama tanpa sebarang perkara berbangkit. 

"Kita menghormati keputusan beliau dan turut melihat sumbangannya kepada skuad Harimau Malaya," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Mengikut rekod, gaji barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya sebelum ini boleh dikatakan mencecah ratusan ribu ringgit.

Secara keseluruhan, gaji pembantu jurulatih mengikut ranking mereka dalam pasukan adalah sekitar US$5,000 (RM23,600), US$10,000 (RM47,290) hingga US$15,000 (RM70,900).

Gaji ketua jurulatih pula dikatakan melebihi yang lain dengan lingkungan bawah US$20,000 (RM94,500).

Khabar itu turut membangkitkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna laman sosial malah ada yang sanggup mewujudkan tabung untuk membantu Pan-Gon membayar pampasan berkenaan. 

+ - reset