TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Ekonomi

Kutipan cukai taksiran sukarela cecah RM512.6 juta dalam tempoh setahun

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 16 Julai – Hasil daripada kutipan cukai taksiran sepanjang tempoh Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0, kerajaan berjaya mengutip bayaran sebanyak RM512.6 juta bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah taksiran dibangkitkan didapati melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu sebanyak RM1 bilion.

“Sepanjang tempoh tersebut juga, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan pengakuan sukarela yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain-lain kategori seperti pertubuhan.

“Jumlah ini melibatkan taksiran cukai yang dilaporkan sebanyak RM1.29 bilion,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang ingin tahu keberkesanan PKPS 2.0, bilangan syarikat dan individu yang telah menyertainya serta nilai kutipan hasil yan,g berjaya diperoleh agar dapat dibelanjakan bagi tujuan kebaikan dan kebajikan rakyat.

 

#LHDN #cukai #sukarela

+ - reset