TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Hiburan

Dari pelakon ke kerusi pengarah, Geethanjali G keluar filem sulung ‘Aram Porul Inbam’

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pelakon Tamil, Geethanjali G bakal menerbitkan filem sulung arahannya "Aram Porul Inbam" menerusi Kollywood India - Tamil Cinema yang menumpukan kepada sebuah filem antologi berbahasa Tamil India,terdiri daripada tiga jalan cerita yang menampilkan tiga watak utama lelaki dan wanita yang berbeza.

Filem berkenaan diterbitkan oleh R Pradeep Kumar daripada DSG Creations dan dihasilkan bersama Srirangam Media.

Penerbit filem, Pradeep Kumar yang juga Ketua Pegawai Operasi DSG Creations India, mendedahkan bahawa skrip antologi itu dibangunkan oleh Geethanjali sendiri selepas menjalani kursus insentif selama 14 bulan.

Pradeep turut mengesahkan bahawa kedua-dua pelakon DSG dan pengarah Adhik Ravichandran akan menghadiri tayangan perdana Aram Porul Inbam biarpun sedang sibuk menjalani penggambaran filem "Good Bad Ugly" arahan pelakon AK63, Ajith Kumar.

Walaupun Geethanjali sibuk dengan pelbagai projek lakonan untuk tahun ini di Malaysia dan Singapura, beliau tetap menumpukan peranannya di belakang tadbir sebagai pengarah filem.

Geethanjali akan meneruskan kerjaya lakonannya di Malaysia kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupannya.

“Memandangkan saya meminati kerjaya lakonan, saya akan tetap berlakon”, katanya.

Menceritakan kembali, bakat dan minat Geethanjali dalam pembikinan filem menarik perhatian Adhik yang terkenal dengan filem blockbuster dan penceritaan yang inovatif.

Geethanjali dilatih secara rapat oleh Adhik sebelum beliau mula bekerja sebagai Penolong Pengarah dan Pengarah Bersekutu beberapa filem secara senyap, filem terbaru "Varunan" arahan Jaayavelmurugan.

Dilatih di bawah Adhik telah memberikan Geethanjali pengalaman dan bimbingan yang tidak ternilai, membantunya mengasah kemahirannya dan mempelajari selok-belok pembikinan filem daripada seorang profesional yang berpengalaman. Pengalaman ini sangat penting dalam membentuk kerjaya Geethanjali sebagai pembuat filem dan menyediakannya untuk projek masa depannya sebagai pengarah filem.

Secara keseluruhannya, perjalanan Geethanjali untuk menjadi pengarah memerlukan gabungan bakat, kerja keras, dedikasi dan peluang yang tepat yang membantunya memulakan kerjayanya dalam industri filem Tamil Kollywood.

+ - reset