Berita Ekonomi
KUSKOP sedia pembiayaan sehingga RM30 juta kepada koperasi layak rancak sektor pelancongan

KUALA LUMPUR 15 Julai - Peruntukkan sehingga RM30 juta disediakan melalui Pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM (TMPSKM) bagi koperasi yang berkelayakan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata permohonan itu boleh dibuat oleh koperasi berkelayakan bagi mengembang atau memperluas aktiviti perniagaan di sektor pelancongan.
Pembiayaan itu antara inisiaitif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam usaha meningkatkan penglibatan dan sumbangan koperasi dalam sektor pelancongan.
“Koperasi yang berkelayakan boleh memohon Pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM (TMPSKM) sehingga RM30 juta bagi mengembang atau memperluas aktiviti perniagaan di sektor pelancongan.
“Bagi tahun 2023 dan sehingga 31 Mei 2024, sebanyak 5 koperasi menjalankan aktiviti pelancongan telah diluluskan pembiayaan berjumlah RM4.2 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Rakyat Hari ini.
Selain itu katanya, KUSKOP melaksanakan Program Jom Jelajah Koperasi (JEJAK) 2024-2025 untuk merangsang aktiviti koperasi yang terlibat dalam industri hospitaliti, penjagaan kesihatan dan kraf.
KUSKOP turut menyediakan Geran Bantuan Pembangunan kepada koperasi yang berkelayakan bagi mengukuh dan mengembang aktiviti perniagaan koperasi termasuk aktiviti pelancongan dengan bantuan sehingga RM300,000.
Jelas beliau, kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyokong penuh keputusan Kerajaan dalam menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan memastikan keterlibatan koperasi dalam sektor pelancongan.
“Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 233 koperasi yang terlibat secara khusus dalam sektor pelancongan yang meliputi 39 aktiviti berasaskan pelancongan seperti hotel dan inap desa, penjagaan diri dan kesihatan, pusat kecantikan, spa dan salon serta termasuklah kraf seperti batik, kraftangan dan sebagainya,” katanya.
Berita berkaitan
April 9, 2025, 11:43 am
Saham AS menjunam penangan kenaikan tarif 104 peratus terhadap China
April 8, 2025, 3:50 pm
BNM mungkin turunkan kadar OPR jika pertumbuhan ekonomi lemah – HLIB
April 4, 2025, 11:48 am
Bursa Malaysia dibuka rendah dipengaruhi ketidaktentuan global dan tarif AS
March 27, 2025, 1:21 pm
Rasionalisasi subsidi RON95 akan ada dua peringkat harga, salur guna MyKad - Amir Hamzah
March 12, 2025, 11:36 am
Diarah bayar lialibiti tertunggak, Sapura Energy dapat pelaburan RM1.1 bilion daripada kerajaan
March 7, 2025, 3:02 pm
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.00% sepanjang 2025
March 6, 2025, 3:15 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 3 peratus
March 3, 2025, 11:59 am
Lebih 4,500 tempahan, e.MAS 7 berjaya dominasi 25 peratus pasaran EV tempatan
February 28, 2025, 10:48 am
Genting Bhd dijangka catat kerugian RM22 juta bagi suku keempat tahun lalu
February 21, 2025, 12:15 pm