Berita Hiburan
Isteri Harith Iskander fail cerai, belum sedia kongsi punca rumah tangga retak

KUALA LUMPUR 9 Julai - Selepas 14 tahun berumah tangga, isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim mengesahkan sudah pun memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.
Menurutnya, dia memfailkannya pada sekitar bulan lalu dan tidak menafikan berita terbabit.
"Betul, saya sudah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat, tetapi lebih kurang sebulan lalu," katanya.
Bagaimanapun, Dr Jezamine belum bersedia berkongsi mengenai butiran mengenai masalah melanda rumah tangga mereka.
"Saya tiada komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan," katanya.
Sementara itu, Harith, 58, turut mengunci mulut berhubung punca perceraian mereka.
"Saya tiada sebarang komen mengenai perkara ini," katanya.
Harith dan Dr Jezamine, 41, bergelar suami isteri pada 12 Jun 2010.
Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
Berita berkaitan
April 7, 2025, 10:17 am
Pelakon veteran, Noor Azizah meninggal dunia
March 27, 2025, 11:29 am
"Mantera" – Filem seram berdasarkan ritual sebenar, pelakon dirasuk & kru ditarik ke gaung!
March 24, 2025, 3:01 pm
Tiada sefahaman, isteri Edika Yusof fail cerai selepas 22 tahun berkahwin
March 21, 2025, 11:27 am
Shila Amzah berbuka puasa bersama ibu, hubungan keluarga kembali pulih
March 19, 2025, 4:23 pm
Nora Ariffin fail perceraian, penuhi permintaan isteri pertama
March 19, 2025, 2:37 pm
Mimi Fly akur teguran, turun MV lagu raya ‘Serumpun’ dari YouTube
March 13, 2025, 2:06 pm
Siti Nurhaliza meriahkan raya dengan single baharu “Raya Nak Ke Mana?”
March 7, 2025, 10:41 am
Fattah Amin luah rasa rindu, tidak dapat bertemu anak
March 4, 2025, 1:43 pm