TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

(VIDEO) Bos bengang campak makanan sebab pekerja tak ikut arahan

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 9 Julai - Tular di media sosial video yang memaparkan merakamkan seorang majikan yang bertindak mencampakkan beberapa hidangan makanan ke lantai. 

Tindakan lelaki berkenaan dikatakan kerana sebagai pengajaran kepada pekerjanya yang tidak mendengar arahan dengan baik.

KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH

Difahamkan, pekerjanya telah menyediakan makanan dengan kuantiti yang banyak menyebabkan beberapa makanan mula sejuk dan keras.

"Aku dah cakap berapa kali dah, aku cakap dengan mulut. Jangan buat banyak, nanti pukul 10 buat lain.

"Nak bagi orang makan sedap. Ni makanan tak habis, benda jadi terbiar. Aku dah cakap aku nak benda yang berkualiti.

"Roti canai keras. Jadi siapa yang tanggung (rugi)? Aku yang kena semua. Korang semua tak kena," katanya.

Video tular itu mengundang kecaman ramai yang menganggap majikan tersebut telah melakukan pembaziran dan sebaiknya diberikan sedekah.

Bagaimanapun, ada yang mempertahankan tindakan majikan tersebut yang lebih memikirkan kualiti makanan dan juga kerugian yang akan ditanggung. - Media Telus

#MAKANAN #TULAR #MAJIKAN #BOS #CAMPAKMAKANAN

+ - reset