TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mamat Exist akui ambil dadah, didenda RM4,000

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 Julai - Bekas penyanyi Exist, Mamat didenda RM4,000 atau penjara dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas kesalahan dadah pada 2019.

Hakim Fatimah Zahari turut memerintahkan tertuduh atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 47, menjalani tempoh pengawasan bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang, selama dua tahun.

Berdasarkan pertuduhan pindaan dibacakan, Mamat didakwa mengambil dadah jenis methamphetamine pada 2 pagi, 9 Sept 2019, di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Utara.

Mamat yang pernah popular dengan kumpulan rock 90an itu menerusi lagu ‘Untukmu Ibu’ juga mempunyai kesalahan berulang mengambil dadah, pada 2016 dan 2018.

Tuduhan sebelum ini dibuat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (1) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut Sinar Harian, prosiding dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Bariah Jalil, manakala Mamat diwakili peguam bela Azlina Abdul Aziz.

Mamat kemudian membayar denda yang dikenakan itu. - Media Telus

#MAMATEXIST #DADAH #MAHKAMAH

+ - reset