TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

HRD Corp catat keuntungan konsisten, mampu tanggung dana levi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 Julai - Kedudukan kewangan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) berada di tahap stabil apabila berjaya mengumpul keuntungan terkumpul sebanyak RM389.95 juta. 

Perkara ini turut disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara bahawa HRD Corp mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.

Untuk makluman, HRD Corp telah mencatatkan keuntungan belum cukai konsisten sebanyak RM25.82 juta pada 2020, RM12.06 juta pada 2021, RM29.79 juta pada 2022 dan RM97.5 juta pada 2023.

Keuntungunan itu mengambil kira pendapatan daripada pelaburan, caj perkhidmatan dan inisiatif strategik lain, katanya dalam kenyataan.

Menurut laporan audit, daripada segi pelaburan, HRD Corp

 telah mencatatkan pulangan sebanyak RM71.74 juta pada tahun 2020, RM58.44 juta pada tahun 2021, RM76.52 pada tahun 2022 dan RM106.33 juta pada tahun 2023.

Jumlah keuntungan pelaburan pada 2023 melibatkan kira-kira 98.7 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburan HRD Corp yang bernilai RM3.85 bilion.

Meskipun terdapat pertikaian tentang kebolehan dan keperluan HRD Corp untuk melabur dana levi dikutip, bagaimana pelaburan tersebut adalah berisiko tinggi yang boleh mendatangkan implikasi negatif kepada majikan dan kerajaan.

Namun HRD Corp telah mematuhi Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) 2001 (Akta 612) yang memperincikan peranan, tanggungjawab, kuasa dan batasan operasi organisasi tersebut termasuk dalam bidang pelaburan.

Sebagai contoh, Seksyen 27 (1) Akta PSMB 2001 membenarkan PSMB untuk melabur Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) yang tidak merupakan wang yang dikehendaki atau diperlukan dengan serta merta.

Antara pelaburan yang dibenarkan termasuk sekuriti, syer dan debentur dalam mana-mana syarikat awam yang harga bagi syer and debentur disebut di bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia ataupun dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana yang diputuskan oleh Panel Pelaburan.

HRD Corp juga telah menjalankan usaha wajar atau due diligence untuk setiap pelaburan yang dijalankan menerusi proses yang ketat dan diselia oleh Panel Pelaburan dan Lembaga Pengarah organisasi.

Penilaian rapi dibuat untuk memastikan risiko keseluruhan portfolio diminimumkan dan juga modal pelaburan sentiasa dilindungi.

Pada tahun 2023, sebanyak 84 peratus daripada portfolio pelaburan adalah berisiko rendah seperti tunai dan deposit, bon dan sukuk dan akaun amanah.

Sepanjang 30 tahun beroperasi, HRD Corp tidak pernah berdepan dengan situasi di mana organisasi tidak dapat membayar tuntutan geran latihan kepada majikan kerana kawal selia risiko kecairan yang efisen dalam organisasi.

Selain itu, penyaluran levi kepada program latihan majikan juga berada pada tahap yang memuaskan dengan HRD Corp mencatatkan peratusan penggunaan levi daripada 63% (2020), 32% (2021), 42% (2022) kepada 71% (2023) yang mencapai sasaran KPI sebanyak 70% untuk tahun 2023.

Sekiranya levi yang telah diluluskan dan belum dibayar (bayaran hanya dibuat selepas latihan) diambil kira, maka peratusan penggunaan levi pada tahun 2023 mencecah 83%.

Meskipun penggunaan levi adalah terletak di tangan majikan, peningkatan saluran levi disebabkan usaha proaktif HRD Corp untuk meningkatkan kesedaran majikan tentang kepentingan menggunakan levi untuk melatih pekerja mereka.

Selain itu, HRD Corp juga telah mempercepatkan dan memudahkan proses permohonan dan kelulusan geran latihan kepada 24 jam dengan 354,562 permohonan berjaya diproses dalam masa 24 jam pada tahun 2023. 

 

#HRDCORP #KEWANGAN #STABIL 

 

 

+ - reset