TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelakon tumbuk mata, badan teman wanita

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 8 Julai - Seorang pelakon dipercayai memukul teman wanitanya di Ara Damansara, di sini, awal pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail, berkata pihaknya menerima laporan kejadian jam 6 petang, semalam. 

"Dalam kejadian jam 3 pagi, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham. 

"Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira jam 4 pagi," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini. 

Shahrulnizam berkata, sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya. 

"Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan. 

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya yang memaklumkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Sea Park, di sini, berhubung kejadian terbabit.

 

#PELAKON #PUKUL #TEMANWANITA 

+ - reset