TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kedudukan kewangan stabil, MEF puji pasukan pengurusan HRD Corp

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 Julai - Kestabilan kewangan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) akan membantu memperkasakan semua program latihan modal insan yang diperlukan oleh syarikat yang menjalankan operasi perniagaan di negara ini.

Perkara itu turut mendapat pujian dari Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) terhadap pasukan pengurusan HRD Corp atas kejayaan meletakkan kedudukan kewangan yang stabil seperti yang diperakui dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024.

Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, HRD Corp boleh dijadikan sebagai harapan dalam kalangan ahli perniagaan bagi mendapatkan latihan yang boleh menambah baik skil dan kepakaran pekerja. 

“Bagi pihak majikan, ini tentunya suatu berita gembira kerana kami boleh mengharapkan HRD Corp yang dipimpin oleh Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood untuk menjalankan latihan bagi menambah baik aspek skill dan kepakaran para pekerja kami.

“Tahniah kepada pasukan pengurusan HRD Corp untuk kejayaan ini dan kami di pihak majikan akan sentiasa bekerjasama untuk membangunkan ekonomi negara ini terutama aspek memperkasakan modal insan yang menjadi antara teras utama perniagaan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Hussain mengulas Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat menyebut bahawa HRD Corp mencatatkan keuntungan terkumpul sebanyak RM389.95 juta setakat 31 Disember 2022.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan HRD Corp mencatatkan keuntungan bersih pelaburan tidak nyata sebanyak RM69 juta sehingga Disember 2023.

Dalam nota pembentangan pihak pengurusan kepada lembaga pengarah HRD Corp yang dilihat oleh media, jumlah tersebut melibatkan kira-kira 98.7 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburan HRD Corp yang bernilai RM3.6 bilion.

Laporan tersebut juga menyatakan HRD Corp hanya merekodkan kerugian tidak nyata sebanyak RM49 juta atau 1.3 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburan.

Jumlah itu melibatkan 98.7 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburan HRD Corp, yang bernilai RM3.6 bilion.

Pada 4 Julai lalu, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi mengesyorkan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan ekoran kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.

Jelas beliau, Kesuma perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan HRD Corp bagi ketidakteraturan yang dikenal pasti.

“Terdapat tindakan dan keputusan yang diambil oleh pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan tidak menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat,” kata Wan Suraya dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024.

 

#HRDCORP #KESUMA #PUJI 

+ - reset