TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua budak kritikal lepas termakan keropok racun tikus

By
|
Kongsi
image

KULIM 8 Julai - Dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun berada dalam kritikal selepas termakan keropok yang diletakkan racun tikus di sebuah kebun di Kampung Padng Ubi, Labu Besar semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi dan disedari ibu mangsa selepas mendapati anak-anaknya muntah dan mengalami mulut berbuih.

Keropok tersebut diletakkan pekebun di sekeliling pagar dengan tujuan untuk memerangkap monyet di situ.

Namun, kedua-dua kanak-kanak itu kemudian telah memakan keropok tersebut yang diletakkan racun tikus.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kulim dan kini berada dalam keadaan kritikal.

"Kami masih mengesan suspek yang disyaki jiran mangsa dengan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) berkaitan kes pengabaiaan kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan," katanya. - Media Telus

#KEROPOK #JAJAN #RACUNTIKUS 

+ - reset