TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Lelaki curi kereta di parkir valet Suria KLCC ditahan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 Julai - Seorang suspek yang terlibat dengan kes kecurian kereta di parkir valet pusat beli-belah Suria KLCC telah ditahan semalam.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, pusat beli belah itu berkata siasatan menyeluruh dengan pihak berkuasa telah dilancarkan untuk menyelesaikan isu itu.

"Kami menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mendedahkan seorang individu tidak dikenali masuk ke dalam kereta dan memandu pergi manakala kunci kereta disimpan dengan selamat di kaunter valet,” kata pihak pengurusan.

Jelasnya, suspek telah diberkas menggunakan sistem GPS kereta dan rakaman kamera keselamatan di parkir valet.

Pengurusan pusat beli-belah itu menyatakan bahawa kejadian ini adalah yang pertama seumpamanya berlaku di premisnya dan telah memberi jaminan dalam kenyataannya untuk menyemak dan memperkukuh penguatkuasaan prosedur operasi standard pengendali parkir valetnya.

Mangsa, Zach Khai Shin, memuat naik kejadian itu di Facebook pada hari yang sama di mana dia mendapat tahu keretanya, model Honda CRV berwarna putih, hilang selepas berada di pusat beli-belah itu selama 30 minit sahaja.

“Kereta saya dicuri selepas parkir di situ. Mereka memberitahu saya ia dikunci dan enjin dimatikan,” katanya dalam catatannya sambil menambah bahawa laporan polis telah dibuat berikutan kejadian itu. - Media Telus

#KLCC #SURIAKLCC #CURIKERETA 

+ - reset