TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

PN kini jadi pilihan utama pengundi Melayu - Razali

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 8 Julai - Perikatan Nasional (PN) kini dianggap pilihan utama pengundi Melayu Islam di negara ini, sekaligus mengambilalih daripada UMNO.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris berkata, PN terus semakin relevan dengan suara rakyat masa kini dan masa depan. Suara UMNO sudah tiada, lesu dan lenyap.

"PN juga semakin diyakini dan dipercayai oleh pengundi Cina, India dan Bumiputera lain.

"Mengesahkan PN mewakili suara terbesar dan utama pengundi Melayu Islam adalah kemenangan rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Bakap apabila calon PN, Abidin Ismail menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK).

"Lebih manis, kemenangan dicapai dengan majoriti 4,267 undi, meningkat lagi sebagai isyarat kerajaan PMX semakin menekan rakyat dengan kos sara hidup," katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook miliknya semalam.

Menurut Razali, PH juga dilihat tidak lagi relevan di kaca mata rakyat dan terus gagal rampas DUN yang dulunya dikuasai PKR selama tiga penggal.

Malah kataya, rakyat dan pengundi di 6 kerusi parlimen dan 1 DUN bekas parti Bersatu di Selangor, Perak, Kelantan dan Labuan tidak sabar menanti kekosongan kerusi itu diumumkan kelak.

"Jangan buang masa rakyat, hormatilah rakyat, kembalikan hak pengundi semula untuk menentukan wakil rakyat baru mereka yang lebih berprinsip," katanya. - Media Telus

#PRK #BERSATU #UMNO #RAZALIIDRIS

+ - reset