TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelaburan HRD Corp catat keuntungan lebih 98 peratus

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPU R 7 Julai - Hampir 100 peratus pelaburan yang dibuat Human Resource Development Corporation (HRD Corp) memperoleh keuntungan.

Dalam nota pembentangan pihak pengurusan kepada lembaga pengarah HRD Corp yang dilihat oleh media, HRDC berjaya mengaut keuntungan bersih pelaburan tidak nyata sebanyak RM69 juta sehingga akhir 2023.

Jumlah itu melibatkan 98.7 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburan HRD Corp yang bernilai RM3.6 bilion.

Dalam nota pembentangan pihak pengurusan kepada lembaga pengarah HRD Corp yang dilihat oleh media, hanya 1.3 peratus atau RM49 juta daripada keseluruhan portfolio pelaburan agensi itu yang mencatatkan kerugian tidak nyata.

“Keuntungan nyata daripada pelaburan setakat 30 Jun 2023 pula adalah RM56 juta manakala keuntungan nyata daripada pelaburan setakat 31 Disember 2023 adalah RM106 juta,” menurut nota tersebut.

Dalam nota yang sama, pihak pengurusan HRD Corp menegaskan, mereka sentiasa mematuhi prosedur yang telah ditetapkan termasuk segala bentuk permohonan kelulusan pelaburan mesti dilampirkan dengan kertas analisis.

Sebelum ini, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 dilaporkan berkata, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) disyorkan merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan susulan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.

Wan Suraya berkata, terdapat tindakan serta keputusan yang diambil oleh pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan tidak menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat serta Kesuma perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan HRD Corp bagi ketidakteraturan yang dikenal pasti.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan.

Dapatan itu diperoleh menerusi slaid pembentangan HRD Corp bertarikh 12 Mac 2024 seperti dinyatakan dalam laporan PAC berhubung Pengurusan Dana Latihan Dan Keberkesanan HRD Corp di bawah Kesuma.

Laporan PAC turut mendedahkan, panel pelaburan HRD Corp gagal melaporkan aktiviti pelaburan yang sepatutnya kepada Ahli Lembaga Pengarah (ALP) atas justifikasi  pengerusi panel pelaburan adalah pengerusi ALP.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti beberapa individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu HRD Corp seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata, pasukan siasatan juga akan ke Kesuma dan HRD Corp pada Selasa ini bagi mendapatkan dokumen berkaitan. - MG

#HRDC #PELABURAN #UNTUNG #KESUMA

+ - reset