TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Referendum Sungai Bakap bukti rakyat tolak pemimpin khianati janji - Hamzah

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 7 Julai - Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dilihat sebagai penolakan rakyat terhadap janji-janji yang dikhianati oleh pemimpin.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kemenangan ini bukan sahaja membuktikan sokongan padu pengundi Melayu tetapi menandakan secara jelas bahawa PN sudah menjadi wadah utama politik rakyat berbilang kaum, yang mahukan keadilan kepada semua pihak serta menolak kezaliman.

"Pada masa yang sama, lonjakan majoriti sebanyak 4,267 undi yang diterima saudara Abidin Ismail adalah referendum jelas bahawa rakyat menolak kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Keputusan ini juga merupakan bukti rakyat menolak pemimpin sombong dan angkuh, yang sengaja pekakkan telinga dan butakan hati dengan penderitaan rakyat yang terbeban akibat kenaikan kos sara hidup," katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook miliknya hari ini.

Menurut Hamzah, refendum Sungai Bakap ini juga adalah bukti rakyat tolak pemimpin yang khianati janji. Janji harga minyak turun tapi bila sudah berkuasa, diesel dinaikkan harga sehingga RM3.35 seliter.

Jelasnya, kemenangan PN, ini juga adalah referendum rakyat tolak pemimpin yang penuh dengan drama, di satu sisi perlihat beliaulah pejuang Palestin terhebat, tetapi di sisi lain mengabaikan teguran rakyat untuk menghentikan urusniaga bersama Blackrock dalam pembelian saham MAHB.

"Refendum ini juga menjadi bukti bahawa rakyat tolak pemimpin yang cakap tak serupa bikin, kononnya dialah pejuang anti rasuah tetapi bila melibatkan kes rakan-rakan sendiri dipejamkan mata dan dibiarkan begitu sahaja.

"Terima kasih kepada pengundi Sungai Bakap dan tahniah buat seluruh jentera pilihan raya Perikatan Nasional yang bertungkus-lumus sejak dari hari pertama kempen," katanya. - Media Telus

#PERIKATANNASIONAL #HAMZAHZAINUDDIN #PRK #SUNGAIBAKAP

+ - reset