TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

PRK Sungai Bakap: PH kalah sebab subsidi bersasar diesel

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 7 Julai - Kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap adalah kerana isu perlaksanaan subsidi bersasar diesel.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, Datuk Seri Najib Razak kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kerana isu GST dan 1MDB.

"Kali ini di PRK Sungai Bakap PKR dan PH yang mewakili Kerajaan Persekutuan kalah dengan isu perlaksanaan subsidi bersasar diesel.

"Secara objektif, saya secara peribadi bersetuju dengan Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa usaha mengukuhkan ekonomi adalah langkah tepat.

"Perlaksanaan subsidi diesel secara bersasar walaupun tidak popular tetapi adalah dasar yang betul dan bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan.

Namun katanya, penerimaan rakyat termasuk di Sungai Bakap dalam isu diesel tersebut sangat merugikan calon PKR.

Jelasnya, rakyat marah kerana kenaikan harga diesel menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain menjadikan kos sara hidup semakin tinggi.

Ujarnya, naratif politik pun tidak begitu baik apabila subsidi diesel ditarik balik sebahagiannya selepas langkah kerajaan menaikkan cukai SST dari 6 kepada 8% bagi sesetengah barang.

"Fitrah rakyat di mana-mana negara sekali pun mereka tak suka jika subsidi untuk rakyat dikurangkan atau dihapuskan atau cukai dinaikkan.

"Dasar- dasar mengenai cukai dan subsidi ini diputuskan di Putrajaya.Tetapi kesan yang terpaksa dipikul ialah kekalahan calon PKR di Sungai Bakap," katanya. - Media Telus

#ANWARIBRAHIM #PRK #SUNGAIBAKAP #HASSANABDULKARIM

+ - reset