TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PRK Sungai Bakap: Anwar tawaduk terima kekalahan PH

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 7 Julai - Gabungan Perpaduan menghormati dan menerima kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang telah berlangsung dengan lancar dan aman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkat, beliau dengan penuh tawaduk menerima suara rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang berlangsung ketika negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.

"Kerajaan MADANI menginsafi keputusan ini dengan menggilap azam memperhebat usaha membela nasib rakyat dan sekali gus menjayakan agenda mengangkat martabat dan darjat rakyat serta negara.

Dengan dasar dan komitmen yang jitu, Gabungan Perpaduan akan terus mengukuhkan kesatuan dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif bertepatan dengan realiti hari ini dan anjakan baharu negara yang sedang berjalan," katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook miliknya hari ini.

Perikatan Nasional (PN) pada semalam berjaya mengekalkan pengaruh di Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menang dengan majoriti 4,267 undi setelah menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin. - Media Telus

#PERDANAMENTERI #ANWARIBRAHIM #SUNGAIBAKAP #PRK

 

+ - reset