TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pengundi muda lebih ramai buang undi daripada warga emas

By
|
Kongsi
image

SUNGAI BAKAP 7 Jun - Kehadiran golongan muda untuk membuang undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dilihat lebih ramai berbanding warga emas.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, setakat pukul 11 pagi tadi, saluran golongan muda dibanjiri dengan pengundi walaupun baru tiga jam dibuka..

"Keadaan agak seimbang, ada beberapa saluran yang saya tengok saluran anak muda lebih ramai daripada warga emas dan ini menunjukkan ramai anak muda keluar awal," katanya kepada media di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Duri.

Dalam pada itu, menurut Ramlan, SPR tidak menerima sebarang laporan sepanjang pengundian, namun hanya kesalahan kecil yang telah diambil tindakan oleh pihak berkaitan.

"Alhamdulillah sepanjang lawatan saya, ini adalah sekolah ketiga, keadaan amat tenteram dan harmoni, sehingga jam 11 pagi jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab ialah 24 peratus.

"Agak rendah berbanding pilihan raya negeri (PRN) lepas, tetapi kita kena faham ini PRK... kita harapkan supaya semua boleh turun secepat mungkin dan menaikkan peratus pengundian," katanya.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara wakil Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin dan Calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail. - Media Telus

#PRK #DUNSUNGAIBAKAP #PERIKATANNASIONAL #PAKATANHARAPAN

+ - reset