TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tunggu laporan penuh, terlalu awal samakan isu HRD Corp dengan 1MDB - Fahmi

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 5 Julai - Terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana Jabatan Audit Negara (JAN) semalam membangkitkan isu seperti pengurusan tatakelola serta aspek kebertanggungjawaban. 

"Kita belum ada maklumat penuh mengenai isu berkait dengan HRD Corp, tetapi mungkin kita perlu penelitian dahulu seperti memberi ruang kepada ahli Parlimen membahas serta Menteri Sumber Manusia memberikan jawapan di Parlimen. 

"Jadi belum masanya untuk kita buat apa-apa klasifikasi seperti didakwa," katanya dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet, hari ini. 

Semalam, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Rakyat mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan matlamat dalam penubuhan agensi itu. 

Katanya, matlamat penubuhan syarikat adalah bagi pengenaan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan kerja, perantis dan pelatih serta penubuhan dan pentadbiran Kumpulan Wang.

#HRDCORP #KESUMA #PAC

+ - reset