TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Remaja perempuan maut terjatuh tingkat 20 pangsapuri di Sentul

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 5 Julai - Seorang remaja perempuan selepas disyaki terjatuh dari tingkat 20 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu lewat petang semalam.

"Siasatan awal mendapati, ketika kejadian remaja warga Pakistan maut itu dikatakan berada di rumahnya bersama ibu dan adiknya.

"Difahamkan adik remaja berkenaan ada melihat kakaknya itu berada di balkoni sebelum mendengar jeritan orang awam," katanya memetik laporan Berita Harian. 

Ahmad Sukarno berkata, remaja terbabit masih bersekolah dan tinggal bersama keluarganya di rumah itu.

"Semakan yang dilakukan juga mendapati remaja itu mempunyai pasport.

"Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. 

 

#JATUH #BANGUNAN #remaja 

+ - reset