TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Laporan PAC: Tiada pegawai HRD Corp digantung tugas - KESUMA

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 5 Julai - Tiada mana-mana pegawai daripada Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) digantung tugas susulan laporan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) yang dibentangkan di Parlimen, semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, beliau dan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood hadir ke ibu pejabat SPRM jam 11 pagi tadi. 

"Tidak ada gantung tugas," katanya menerusi sidang akhbar di sini, hari ini. 

Khairul Dzaimee dan Shahul hadir ke ibu pejabat SPRM bagi menyerahkan laporan yang mengandungi isu-isu dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara (LKAN) dan PAC. 

"SPRM memberi jaminan satu siasatan adil dan professional akan diberikan segera," katanya.

Terdahulu, Steven Sim Chee Keong mengarahkan Khairul Dzaimee dan Shahul membuat laporan kepada SPRM berikutan penemuan LKAN dan PAC.

PAC pada Khamis mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.

LKAN pula antara lain mendedahkan sejumlah RM4.81 juta baki geran pada tahun 2020 yang tidak digunakan dan belum dikembalikan kepada kerajaan, selain sebanyak 62 permohonan levi berjumlah RM1.68 juta diluluskan selepas tarikh latihan serta baki levi tertunggak berjumlah RM205.42 juta setakat 31 Disember lalu.

 

#HRDCORP #KESUMA #SPRM

+ - reset