Berita Politik
Kecewa Najib gagal cabar Titah Adendum, Noh Omar sah sertai BERSATU
TANJONG KARANG 5 Julai – Kecewa dengan nasib menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak berjaya mencabar Titah Adendum di mahkamah, Tan Sri Noh Omar semalam mengesahkan menyertai BERSATU, semalam,
Noh membuat keputusan berkenaan selepas dipecat UMNO tahun lalu kerana melanggar disiplin parti pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, beliau memohon untuk menyertai BERSATU secara dalam talian semalam dengan mengisi borang dan terus diterima.
"Tiada siapa yang tahu. Kemudian saya terus dapat sijil menjadi ahli BERSATU," katanya menerusi rakaman video yang dikongsikan, hari ini.
Beliau berkata, keputusan drastik itu dibuat selepas kecewa dan sedih dengan nasib menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak berjaya mencabar Titah Adendum di mahkamah.
Mahkamah Tinggi semalam, menolak permohonan bekas presiden UMNO itu memulakan semakan kehakiman terhadap kerajaan untuk memaksa penzahiran titah adendum dikatakan, dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu, membolehkannya menjalani tahanan di rumah.
Noh berkata, keputusan untuk menyertai BERSATU agak berat dan lebih setengah tahun baru berbuat demikian kerana mengingati pesanan Najib yang ditemuinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebelum ini.
"Saya masih ingat pesanan beliau kepada saya. 'Noh, you kena sabar, jangan masuk mana-mana parti. Bertenang dan bersabar...Insya-Allah perjuangan kita akan berjaya'.
"Saya menghormati dan mematuhi pandangan serta arahan daripada beliau. Sebab itu saya tidak memasuki mana-mana parti politik sebelum ini," katanya.
Berita berkaitan
July 8, 2024, 3:20 pm
PAS kuat bohong, UMNO tolak kerjasama selagi Abdul Hadi jadi Presiden - Ahmad Zahid
July 8, 2024, 11:57 am
PN kini jadi pilihan utama pengundi Melayu - Razali
July 7, 2024, 10:49 am
PRK Sungai Bakap: PH kalah sebab subsidi bersasar diesel
July 4, 2024, 1:09 pm
Dua projek dilaksana jika calon PH menang PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
July 3, 2024, 12:40 pm
PRK Sungai Bakap: Polis buka dua kertas siasatan
July 3, 2024, 11:04 am
Raih sokongan pengundi muda, calon PH akan menang PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
June 28, 2024, 3:02 pm
'Saya sudah pencen' - Tok Pa tetap tidak akan bertanding PRU, PRK
June 28, 2024, 12:43 pm