TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pesawah maut tertusuk pisau pengait kelapa sawit

By
|
Kongsi
image

BAGAN SERAI 4 Julai - Seorang pesawah ditemukan maut apabila pisau pengait kelapa sawit tertusuk di bahagian belakang badannya di Parit Sulaiman, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.58 petng ketika mangsa sedang membawa galah sawit untuk mengambil kelapa sawit.

Namun, motosikal yang ditunggang mangsa berusia 88 tahun itu bagaimanapun terbabas dan menyebabkan galah sawit itu terpelanting sebelum terkena mangsa.

Kejadian itu disedari dua orang awam yang terlihat mangsa dalam keadaan berlumuran daran dan tidak sedarkan diri di dalam parit.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusof berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Media Telus

#PESAWAH #MATIMENGEJUT #PISAUSABIT 

+ - reset