TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kastam patah cubaan seludup rokok, arak bernilai lebih RM1.5 juta

By
|
Kongsi
image

Oleh NUR LELA ZULKIPLI

KUALA LUMPUR 4 Julai - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM1.5 juta termasuk cukai dalam dua operasi berasingan di Selangor, bulan lalu. 

Penolong Pengarah Kastam Zon Tengah Norlela Ismail berkata bertindak atas aduan awam, pihaknya telah melakukan serbuan Pelabuhan Utara Klang pada 13 Jun lalu. 

Menurutnya, kontena tersebut pada asalnya diikrar sebagai sayur-sayuran sejuk beku di dalam Borang Kastam 1 malah sebahagian kecil kontena tersebut diisi dengan beberapa kotak mengandungi sayur-sayuran tersebut.

"Setelah pemeriksaan dilakukan, pasukan penguat kuasa berjaya menemui dua kontena bersaiz 40 kaki mengandungi muatan minuman keras dengan jumlah 8,600 liter dengan anggaran nilai sebanyak RM47,000. 

"Sementara jumlah cukai dan duti yang terlibat dianggarkan berjumpah RM113,000," katanya. 

Dagangan berkenaan diimport dari negara jiran dan sindiket juga cuba mengelak dari dikesan dengan menyorokkan minuman keras disebalik sayuran import berbagai jenis di hadapan kontena. 

Susulan daripada penahanan kontena berkenaan, JKDM turut memanggil seorang wakil perkapalan bagi membantu siasatan dan usaha mengesan syarikat atau ejen pengimport masih diteruskan. 

Dalam serbuan berasingan pada 19 Jun lalu, Pasukan COBRA Zone Tengah berjaya merampas lebih 1.5 juta batang rokok dengan nilai sebanyak RM288,000 membabitkan jumlah cukai dan duti bernilai lebih RM1 juta. 

Rampasan rokok berkenaan adalah rampasan terbesar pihak Kastam WPKL setakat tahun ini.

Norlela berkata, hasil pemeriksaan ke atas gudang terbiar di kawasan perumahan di Batu 11, Cheras itu menemukan pelbagai jenama rokok putih dan kretek yang diimport dari negara jiran dan tidak berkastam. 

"Pengimportannya memerlukan lesen import dan setem cukai yang diluluskan Ketua Pengarah Kastam Malaysia. 

"Bagaimanapun, sindiket menggunakan setem cukai yang palsu pada beberapa jenama rokok jenama yang dirampas," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Kes berkenaan masih disiasat untuk mengesan pemilik gudang atau ejen pengimport yang terbabit bagi tindakan lanjut. - Media Telus

#KASTAM #ROKOK #ARAK

+ - reset