TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bahan kimia bocor di KLIA

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 Julai - Berlaku kebocoran bahan kimia dilaporkan berlaku di Zon Sokongan Selatan Kejuruteraan Pesawat dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wan Razali Wan Ismail berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 11.23 pagi.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dan serta pasukan HAZMAT daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam telah hadir ke lokasi kejadian.

“Komander operasi, Muhammad Nur Khairi Samsumin memaklumkan, pihak bomba masih lagi mengenalpasti bahan kimia yang bocor itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Media Telus

#BAHANKIMIA #KLIA #BOCOR 

+ - reset