TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tidak miliki parti, Adun Selat Klang dipindahkan tempat duduk

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 Julai - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyaksikan perubahan tempat duduk Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari daripada blok pembangkang.

Speaker DUN Selangor Lau Weng San, berkata untuk sementara waktu Rashid ditempatkan di antara blok pembangkang dan blok kerajaan, mengambil kira statusnya yang tidak mempunyai keanggotaan dalam mana-mana parti ketika ini.

“Ini (kedudukan kerusi) juga dilakukan dengan mengambil kira kekananan beliau sebagai Adun penggal kedua dan juga kekananan beliau yang pernah memegang jawatan dalam kerajaan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya menurut Bernama pada Persidangan DUN Selangor.

Lau membuat keputusan itu selepas Ketua Pembangkang Azmin Ali bangun bagi memohon petua berkenaan perkara itu dalam memastikan keharmonian dan kelancaran sidang dewan.

Sebelum ini, Rashid telah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Azmin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor telah menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi DUN Selat Klang kepada Lau berikutan Rashid yang terhenti keahliannya sebagai ahli Bersatu. - FMT

#DUNSELANGOR #AZMINALI #PERIKATANNASIONAL

+ - reset