TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

(VIDEO) Polis buru pemandu Honda City langgar 4 kenderaan, jumpa dadah dalam kereta

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 Julai - Polis sedang memburu pemandu kereta jenis Honda City yang terlibat kemalangan dengan empat buah kereta di Jalan Cheras, Kuala Lumpur sebelum persimpangan lampu isyarat Sunway Medical Centre Cheras, 9.40 malam tadi.

Difahaman, polis turut menemukan empat peket dadah jenis methamphetamine, tiga keping Eremin 5, dua peket dadah ketamin dan tujuh biji pil ekstasi di dalam kereta itu selepas pemandunya melarikan diri.

KLIK UNTUK VIDEO PENUH

Kemalangan pada awalnya berlaku ketika empat buah kenderaan itu sedang berhenti di lokasi kejadian.

Pemandu itu telah melanggar Perodua Bezza dari sisi kanan kemudian merempuh Inokom Atos pada bahagian belakang dan melanggar Suzuki Swift pada sisi kanan sebelum melanggar Perodua Alza pada sisi kiri.

Suspek kemudian telah memberhentikan kenderaan di kawasan berhampiran lobi Sunway Medical Centre Cheras sebelum melarikan diri

Ketua Polis Daerah Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya telah menerima empat laporan daripada pemilik kenderaan yang dirempuh Honda City.

"Jumlah nilai rampasan sebanyak RM10, 577. Kita turut merampas sebuah Honda City berwarna putih, tiga unit telefon bimbit dan dua kad akses kediaman.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mereka kini mengesan pemandu City yang merupakan suspek utama dalam kejadian ini. - Media Telus

#KEMALANGAN #POLIS #CHERAS #HONDACITY

 

+ - reset