TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki rebah sebelum maut ketika main bola keranjang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 Julai - Seorang lelaki meninggal dunia ketika bermain bola keranjang di sebuah koleh swasta di Cheras pada Rabu.

Difahamkan, mangsa yang berusia 41 tahun dipercayai rebah ketika bersama dengan beberapa individu lain.

Mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri itu kemudiannya dibawa ke sebuah hospital di Cheras pada pukul 10.12 malam sebelum disahkan meninggal dunia.

 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh mengesahkan kejadian dan berkata, tiada sebarang unsur jenayah berhubung kejadian.

"Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi Ketua Polis Balai Cheras, Inspektor Toh Chee Haur di talian 0392050301 sambungan 302," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

#BOLAKERANJANG #MENINGGALDUNIA #CHERAS

+ - reset