TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

Dua projek dilaksana jika calon PH menang PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid

By
|
Kongsi
image

SEBERANG PERAI 4 Julai - Dua projek pembangunan akan dilaksanakan di kawasan Sungai Bakap sekiranya calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Joohari Ariffin diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Sabtu ini.

Itu jaminan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tekad membantu membawa pembangunan di Sungai Bakap. 

Beliau berkata, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) akan ditubuhkan segera di Sungai Bakap manakala pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) akan diteruskan pembinaannya.

“PAWE perlu dibawa segera ke Sungai Bakap supaya warga emas boleh dibantu.

“Kedua, sekolah tamil yang terbengkalai, saya nak cadangkan dan bisik kat Fadhlina (Menteri Pendidikan), cadangan ini harap dapat dilaksanakan dan permintaan kaum India di Sungai Bakap dapat dilaksanakan sekiranya Cikgu Joo jadi ADUN Sungai Bakap.

“Dua cadangan ini cukup penting dan saya berpandangan bahawa cadangan ini harus dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Kasih Bersama Pemimpin di Sungai Kechil, di sini malam tadi.

 

#PRK #SUNGAIBAKAP #PH

+ - reset