TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

‘Sumbat’ 32 Pati, temasuk wanita hamil, budak dalam rumah kosong

By
|
Kongsi
image

KAJANG 4 Julai – Sindiket penyeludupan manusia tumpas apabila pihak berkuasa berjaya menghidu kegiatan menyembunyikan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah rumah kosong di Batu 14, Hulu Langat di sini, semalam.

Sindiket yang dikenali sebagai Geng Kribo itu menjadikan rumah tidak bernombor itu sebagai rumah penampungan bagi 'menyimpan' PATI sebelum diseludup keluar.

Kegiatan itu dikesan menerusi Op Pintas yang Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kira-kira jam 5.10 petang.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi ini telah menahan 32 PATI termasuk 14 wanita.

Menurutnya, semakan mendapati empat lelaki migran terbabit adalah warga Bangladesh, manakala selebihnya merupakan Indonesia.

"Pemeriksaan juga mendapati tangkapan termasuk seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dan kanak-kanak berumur satu tahun bersama ibunya yang berusia 22 tahun.

"Siasatan awal mendapati kegiatan ini dilakukan Geng Kribo dan migran ini perlu membayar kepada ejen berjumlah RM1,600 hingga RM2,500 seorang," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, polis turut menahan dua lelaki Indonesia yang berperanan sebagai penjaga rumah penampungan dan ejen untuk tindakan di bawah Seksyen 26A Akta Atipsom 2007.

Tambah Soffian, dipercayai PATI ini hendak diseludup keluar ke Indonesia melalui jalan laut.

"Soal siasat awal mendapati sindiket menjadikan rumah tidak bernombor terbabit sebagai tempat PATI sejak tiga bulan lalu," ujarnya.

Tegasnya, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

#PATI #ATIPSOM #SOROK

+ - reset