Berita Sukan
Bekalan selesa 5 gol, JDT tetap anggap MUFT bukan lawan mudah
![image](https://imgs.mediatelus.com/Copy-of-kapsyen---2024-07-04T114708-042.jpg)
KUALA LUMPUR 4 Julai - Biarpun membawa bekalan selesa hasil kemenangan 5-0 berdepan Malaysian University Football Team (MUFT) pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, minggu lalu, kesebelasan Johor Darul Ta’zim (JDT), perlu memberikan aksi terbaik bagi mempertahankan kelebihan itu pada aksi suku akhir kedua Piala FA di venue sama, pada Jumaat.
Malah, pengendali skuad Harimau Selatan itu, Hector Bidoglio menjangkakan aksi sengit daripada skuad The University Tigers itu yang pastinya mahu merapatkan jurang defisit berkenaan sambil mencongak peluang mencipta kejutan.
"Bagi saya, pihak lawan akan mempamerkan aksi sama iaitu dengan mempamerkan permainan secara kompak dan menyukarkan kita untuk menembusi benteng pertahanan mereka.
"Bagaimanapun, pada aksi suku akhir pertama lalu, pasukan kita berjaya melakukan serangan dan menjaringkan gol.
Baca sini - Menang 5-0, Bidoglio akui tak mudah lawan MUFT
"Oleh itu, sesi latihan menjelang pertemuan itu akan lebih tertumpu untuk mempertajamkan lagi jentera serangan kita,” katanya.
Bidoglio berkata, pihaknya mahu memilih dan menurunkan kesebelasan pemain yang tepat bagi mengharungi aksi suku akhir kedua berkenaan.
"Latihan minggu ini akan tertumpu kepada usaha mengenal pasti pemain yang tepat untuk diturunkan nanti.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, menentang pasukan ini (MUFT), bukannya sesuatu yang mudah.
"Justeru, selain menurunkan pemain yang tepat, pasukan kita juga perlu mempamerkan aksi lebih agresif di sepanjang perlawanan dan seterusnya mencipta peluang jaringan,” katanya. - Media Telus
#PIALAFA #JDT #MUFT #BOLASEPAK
Berita berkaitan
July 2, 2024, 2:27 pm
MOM setuju tukar baju kontinjen Malaysia, rekaan baharu lebih 'garang'
July 2, 2024, 10:12 am
Pemain badminton remaja China meninggal akibat serangan jantung
July 1, 2024, 12:02 pm
Pemain badminton China meninggal dunia di gelanggang
June 30, 2024, 11:24 am
Menang 5-0, Bidoglio akui tak mudah lawan MUFT
June 28, 2024, 11:26 am
JDT turun kesebelasan terbaik lawan MU
June 27, 2024, 2:35 pm
Derbi utara, KDA FC sedia tewaskan Penang FC kali kedua
June 26, 2024, 4:31 pm
Selangor FC ada 4 hari lagi kemuka rayuan - MFL
June 26, 2024, 2:21 pm
Selepas Altimet, Datuk Rizam sumbang separuh gaji bayar denda Selangor FC
June 26, 2024, 10:19 am