TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemandu lori mengaku bersalah cabul bayi perempuan

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 4 Julai - Seorang pemandu lori mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap seorang bayi perempuan berusia setahun 11 bulan di Pasir Tumbuh Limbat, di sini, 26 Jun lalu.

Tertuduh, Mohamad Zulazhar Ibrahim, 32, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mahkamah menetapkan 18 Julai untuk fakta kes dan hukuman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap bayi perempuan berusia 1 tahun 11 bulan.

Kejadian itu dilakukan di sebuah rumah di Pasir Tumbuh Limbat, di sini, jam 9 malam pada 26 Jun lalu, memetik laporan Berita Harian.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 18 Julai untuk fakta kes dan hukuman.

#CABUL #BAYI #PEMANDULORI

+ - reset