TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiada data dalam aplikasi kecergasan Syed Saddiq, warganet musykil kesahihan ‘Langkah Muar’

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 Julai – Kecoh di laman sosial X apabila ada yang mendakwa Ahli Parlimen Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menipu berhubung cabaran ‘Langkah Muar’ sejauh 200km yang dibuat minggu lalu.

Pengguna laman X turut mendedahkan tiada rekod menunjukkan larian 200km di Strava beliau.

Malah ada yang mendakwa kali terakhir bekas Menteri Belia dan Sukan itu menggunakan aplikasi kecergasan berkenaan adalah pada 26 Jun lalu.

Pengikut Syed Saddiq sedia maklum bahawa beliau sentiasa merekodkan semua aktiviti dia dalam aplikasi kecergasan Strava sebelum ini.

Sebagai pelari, secara logiknya mereka akan merekodkan merekodkan larian 200km berkenaa yang dianggap besar dan bersejarah.

Bukan itu saja, ramai yang menanti Syed Saddiq mendedahkan data perjalanan larian itu kepada umum bagi membuktikan kesahihannya berlari dari Muar ke bangunan Parlimen selama tiga hari itu.

"Lagipun, sistem Strava ini ‘auto sync’ dengan jam bukannya kena update manual,” kata warganet.

“Diharap Syed Saddiq boleh beri penjelasan kerana usaha beliau sudah bagus, namun tidak bagus jika menipu,” kata Firdaus Hassan.

Tidak dinafikan niat Syed Saddiq untuk mengumpul dana bagi parlimen Muar sambil berlari ini pendekatan adalah bagus, namun beliau harus menjernihkan keadaan dengan menangkis dakwaan warganet itu.

Tinjauan Media Telus di laman X mendapati Syed Saddiq masih belum memaparkan bukti larian 200km beliau namun sempat berkongsi kutipan sebanyak RM180,000 yang diperoleh daripada 5480 penyumbang hasil daripada usaha beliau.

“RM180k dari 5480 penyumbang! From the bottom of my heart terima kasih!

“Bermula di Muar dan berakhir di Parlimen. Tiba sahaja di parlimen, saya mandi, tukar baju dan terus berbahas seperti biasa. Back to work! Muar tetap kekalkan kehadiran 100 peratus di Parlimen. Proud to serve,” katanya.

Syed Saddiq memulakan misi ‘Langkah Muar’ pada 28 Jun lalutiba di Parlimen kira-kira pukul 9.30 pagi ini selepas menamatkan misi larian solonya sejauh 200km.

Syed Saddiq sebelum ini dilaporkan berkata, larian itu sebagai salah satu cara untuk menghantar mesej kepada kerajaan untuk menepati janji mereka sebelum ini.

Objektif utama larian itu adalah bagi menuntut peruntukan Ahli Parlimen RM4 juta setahun atau RM20 juta satu penggal.

Selain itu, larian berkenaan juga bagi mengutip dana RM100,000 bagi Pusat Khidmat Muar yang diperlukan supaya ia dapat kekal beroperasi, sekali gus membantu rakyat yang memerlukan. - Media Telus

#SYEDSADDIQ #LANGKAHMUAR #LARIAN

+ - reset