TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan peroleh bayaran balik RM100 juta hasil audit dalam tempoh 3 tahun

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 Julai – Sebanyak RM100 juta berjaya diperoleh kerajaan melalui bayaran balik hasil daripada pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara selama tiga tahun.

Jabatan Audit Negara memaklumkan audit yang dijalankan jabatan secara dasarnya memberi kesan positif.

Ia menerusi tindakan pembetulan dan penambahbaikan yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan berkaitan, sebaik saja teguran audit diterima.

"Susulan audit terhadap LKAN 2020, 2021 dan 2022 melalui Portal Papan Pemuka Ketua Audit Negara, didapati kerajaan telah mendapat bayaran balik, antaranya tuntutan penalti, sewa tertunggak dan kutipan Liquidated Ascertained Damages (LAD) yang dianggarkan berjumlah RM100 juta sehingga suku kedua 2024," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jabatan Audit Negara turut memaklumkan yang pihaknya akan melaksanakan pendigitalan perkhidmatan mulai Julai tahun depan.

Pihaknya merancang untuk mengguna-pakai teknik metodologi dan pendekatan pengauditan yang inklusif serta mampan sekali gus menjadi peneraju serantau dalam pengauditan digital.

"Antara inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara ialah penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti penggunaan dron dan semakan secara remote auditing.

"Selain itu, pihak kami juga akan menggunakan 'advanced data analytics tools' dalam mengenal pasti risiko, kelemahan kawalan dalaman atau red flags berhubung data atau maklumat yang diperolehi.

"Melalui Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara juga, semua makluat berkaitan pengauditan, sumber manusia dan LKAN akan diintegrasikan untuk menghasilkan output tepat dan pantas," katanya.

Mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 yang baru diluluskan di Dewan Rakyat semalam (3 Julai), Jabatan Audit Negara menegaskan ia memberi penekanan kepada pengukuhan peranan Ketua Audit Negara melalui skop pengauditan terhadap pengurusan wang haram yang lebih komprehensif dan menyeluruh.

Selain itu, pihaknya yakin ia tidak lagi bagi memastikan syor audit sentiasa diberikan perhatian serius dan diambil tindakan sewajarnya oleh semua pihak sama ada kementerian, jabatan mahupun agensi kerajaan serta mana-mana badan termasuk syarikat menerima wang awam.

#AUDIT #KERAJAAN #MALAYSIA

+ - reset