TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rampasan diesel turun 87% selepas penyasaran subsidi dilaksanakan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 Julai - Penyasaran subsidi diesel membuahkan hasil positif apabila hanya 14 kes melibatkan 68,457 liter bahan bakar itu dirampas dalam tempoh 20 hari.

Jumlah itu menunjukkan penuruhan berbanding tempoh sama sebelum penyasaran subsidi dilakukan yang merekodkan sebanyak 65 kes membabitkan 520,803 liter diesel dirampas. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, rampasan diesel turun sebanyak 87 peratus manakala jumlah indidividu yang ditahan juga hanya 40 orang sahaja.

 

Dalam pada itu, Armizan berkata, terdapat peningkatan kes rampasan petrol RON95 apabila mencatatkan 46 kes membabitkan 14,011 liter selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.

Katanya, jumlah kes itu meningkat berbanding 37 kes rampasan membabitkan 17,064 liter bagi tempoh 20 Mei hingga 9 Jun lalu.

Jumlah tangkapan pula meningkat daripada 10 kepada 17 orang dalam tempoh sama.

"KPDN akan terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas aktiviti penyelewengan barang kawalan di bawah OPS TIRIS 3.0 di seluruh negara dengan kerjasama rapat agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan isu ketirisan dapat diatasi secara menyeluruh dan berkesan," katanya dalam satu kenyataan hari ini - Media Telus

#KPDN #SUBSIDIDIESEL #ARMIZAN

+ - reset