TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dewan Rakyat kecoh, DAP didakwa berhasrat tutup Kemas

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 Julai - Berlaku kekecohan dalam sidang Dewan Rakyat gara-gara dakwaan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa DAP pernah berhasrat menutup Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Dakwaan itu dibuat ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) (Pindaan) 2024 bagi meminda Akta Audit 1957 (Akta 62) bacaan kali kedua.

"Apa hak dia dapat peruntukan? Peraturan dari mana kita bagi pada orang yang kalah untuk mengurus peruntukan... tak halal orang Perlis cakap. Kita terus berdoa kepada ALLAH SWT supaya kezaliman yang berlaku ini dihentikan.

"Minta supaya auditkan peruntukan diberi kepada siapa... dengarnya diberi pada Kemas... DAP dulu nak tutup Kemas, kami perjuangkan... sekarang Kemas hentam kami," katanya.

Perkara itu mendapat respons daripada Teresa Kok (PH-Seputeh) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang meminta supaya kenyataan itu ditarik balik.

 

Arau yang pada mulanya enggan menarik balik kenyataannya kemudian akur dengan memberi kenyataan tambahan lain.

"Saya tarik balik.. tapi sebut DAP anggota dalam kerajaan PH (Pakatan Harapan) yang nak menutup Kemas," katanya.

Tindakan itu sekali lagi menimbulkan rasa tidak senang pemimpin DAP.

Susulan itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong menuntut Arau memberikan bukti terhadap dakwaan yang dibuat kerana mengelirukan Dewan, namun gagal dipatuhi Arau.

Beliau seterusnya meminta Jelutong membuat usul agar Arau menunjukkan bukti terhadap dakwaan berkenaan dan sekiranya gagal, isu tersebut akan dihantar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. - Media Telus

#DEWANRAKYAT #ARAU #JELUTONG #KEMAS

+ - reset