TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lima pelajar dijangkiti demam kepialu, satu sekolah diarah jalani saringan di Kota Bharu

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 Julai - Pelajar dan kakitangan sebuah sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan diarah menjalani ujian saringan tifoid atau demam kepialu selepas lima pelajar disahkan dijangkiti penyakit itu.

Demam kepialu ialah penyakit berjangkit akibat jangkitan kuman, iaitu salmonella typhi dan jangkitan kuman itu merebak melalui beberapa cara seperti makanan atau minuman dicemari najis mengandungi kuman berkenaan.

Menurut surat pekeliling diedarkan Pejabat Kesihatan Kota Bharu kepada pelajar, ujian saringan secara berperingkat yang bermula hari ini bagi mengesan jika kakitangan atau pelajar lain turut mengalami simptom tifoid.

Katanya, antara gelaja tifoid ialah demam, cirit-birit, sakit perut, muntah, loya, sembelit, sakit kepala, keletihan dan kurang selera makan.

“Gejala ini dikesan bermula 7 Mei lalu hingga kini.

“Sehubungan itu, mesyuarat di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan memutuskan untuk menjalankan ujian saringan tifoid ke atas semua warga sekolah menengah itu untuk pengesanan awal kes,” menurut surat pekeliling yang dipetik Harian Metro.

Semalam, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin dilaporkan berkata, lima pelajar sekolah menengah itu disahkan dijangkiti tifoid, manakala 17 lagi sedang disaring di bilik isolasi Hospital Tumpat dan Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh.

+ - reset