Berita Berita
Gambar Zayn Rayyan tersebar: Anggota, pegawai sebar laporan siasatan dalaman boleh dihukum
![image](https://imgs.mediatelus.com/Copy-of-kapsyen---2024-07-03T151856-218.jpg)
ALOR GAJAH 3 Julai - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan kepada semua anggota dan pegawai agensi di bawahnya supaya tidak sesekali menyebarkan maklumat berkaitan siasatan dalaman kepada umum.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata jika ada mana-mana anggota atau pegawai yang dikesan menyebarkan laporan siasatan dalaman, hukum boleh dikenakan ke atas mereka mengikut undang-undang sedia ada.
"Apa juga kesalahan dilakukan (oleh pegawai dan anggota penguat kuasa) tentulah tindakan akan diambil berasaskan kepada peraturan yang ada," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke-52 peringkat Kebangsaan 2024 di Padang Kawad Akademi RELA Malaysia (ALARM) di Sungai Udang, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai penyebaran beberapa foto yang dikatakan sebahagian daripada rekod siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini dilaporkan berkata satu laporan polis dibuat pegawai penyiasat kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya Ahad lalu susulan penyebaran foto terbabit.
Beliau dipetik berkata laporan dibuat bersabit penyebaran dokumen siasatan yang akan digunakan dalam perbicaraan di mahkamah menerusi aplikasi Telegram.
Dalam pada itu, Shamsul Anuar mengingatkan orang ramai supaya merujuk saluran tepat untuk menentusahkan maklumat yang diterima.
"Penting juga kepada rakyat, apa-apa isu diterima, rujuklah kepada saluran maklumat yang tepat... itu lebih baik," katanya. - Bernama
#ZAYNRAYYAN #PEGAWAI #ANGGOTA #POLIS
Berita berkaitan
July 5, 2024, 4:49 pm
Tunggu laporan penuh, terlalu awal samakan isu HRD Corp dengan 1MDB - Fahmi
July 5, 2024, 3:45 pm
Remaja perempuan maut terjatuh tingkat 20 pangsapuri di Sentul
July 5, 2024, 2:52 pm
Rosmah nafi beli barangan mewah guna wang aktiviti haram
July 5, 2024, 2:19 pm
Laporan PAC: Tiada pegawai HRD Corp digantung tugas - KESUMA
July 5, 2024, 10:12 am
HRD Corp tekad perbaiki tatakelola, laksana 7 reformasi menyeluruh
July 5, 2024, 9:38 am
MAQIS rampas 20kg daging korban tanpa permit dari Bangladesh
July 4, 2024, 4:17 pm
Pesawah maut tertusuk pisau pengait kelapa sawit
July 4, 2024, 4:15 pm
Kastam patah cubaan seludup rokok, arak bernilai lebih RM1.5 juta
July 4, 2024, 4:05 pm