TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lebih 19,000 penerbitan, mainan seks RM1.2 juta dari China, Jepun dirampas

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 3 Julai – Sebanyak 19,924 pelbagai jenis penerbitan berunsur jelik termasuk 15,602 alat permainan seks bernilai RM1.2 juta dirampas pihak berkuasa dalam Ops Cetak 1.0 di seluruh negara baru-baru ini.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Nik Yusaimi Yussof berkata dalam operasi itu seramai 50 individu dan seorang warga asing ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, Ops Cetak itu melibatkan sitaan pelbagai jenis bahan penerbitan yang melanggar peruntukan undang-undang seperti buku, majalah, pakaian, aksesori, alat permainan dan mesin cetak.

“Semua hasil bahan penerbitan ini didapati bertentangan dengan nilai moral dan sosio budaya masyarakat negara ini seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 7 (1) dan Seksyen 3(4) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Aktiviti penjualan dan pengedaran ini dikesan semakin meningkat di dalam talian dan juga dijual secara terbuka di premis-premis perniagaan,” katanya pada sidang media.

Memetik laporan FMT, Nik Yusaimi berkata 15,602 unit alat mainan seks bernilai RM540,000 dirampas di beberapa lokasi di Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Kedah.

Katanya, semua alat permainan seks itu dipercayai diimport dari China dan Jepun.

Katanya, tiga premis percetakan di Seri Kembangan dan Klang juga disita kerana disyaki beroperasi tanpa lesen.

“Anggaran mesin cetak yang disita dalam operasi ini adalah bernilai RM600,000 dan kita juga menahan tiga individu untuk siasatan lanjut,” katanya

#CETAK #ALAT #SEKS

+ - reset