TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Kerana kejayaan Gabriel Lee, wanita rugi RM1.6 juta

By
|
Kongsi
image

KUALA TERENGGANU 3 Julai - Tertarik dengan iklan kejayaan seorang individu Bernama Gabriel Lee, seorang wanita rugi RM1.6 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan 'cryptocurrency'.

Wanita berusia 49 tahun itu selepas melihat iklan tersebut, mangsa telah mengiri boring di laman sesawang berkenaan pada Disember tahun lalu.

Selepas itu, mangsa telah dihubungi oleh invidivu bernama Jasmine Yong yang kemudian memintanya masuk ke dalm satu kumpulan WhatsApp untuk urusan saham.

Tiga bulan selepas itu, mangsa telah dijemput menyertai sebuah kumpulan WhatsApp atas nama 'Cripto Currency' dan diberi arahan oleh beberapa individu untuk memulakan pelaburan.

Mangsa telah diarahkan untuk membuat pelaburan dan mula memindahkan wang ke akaun bank yang diberikan bermula 14 Mac hingga 28 Jun lepas.

Dalam tempoh tersebut, mangsa dijanjikan dengan pulangan pelaburan anggaran sebanyak RM90 juta, namun sehingga kini wanita itu masih tidak menerima sebarang pulangan keuntungan tersebut.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, mangsa mula menyedari dirinya ditipu selepas segala perbualan mesej dan panggilannya disekat.

Justeru, beliau berkata, wanita berkenaan telah membuat laporan polis akibat kerugian sebanyak RM1.6 juta di Balai Polis Dungun pada Selasa lepas.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.

"Jadi orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan melakukan semakan lebih terperinci sebelum menyertai mana-mana skim yang menjanjikan keuntungan lumayan," jelas beliau. - Media Telus

#SCAM #TERENGGANU #PELABURAN #CRYPTOCURRENCY

+ - reset