TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tetap pertahan nasib 15 pekerja ditindas, Dr Akmal tak gentar diugut tauke kilang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 Julai – Selepas mempertahankan 15 penduduk kampung yang diarahkan untuk bercuti tanpa gaji selama empat bulan, Dr. Muhamad Akmal Saleh menerima ‘ugutan’ daripada tauke sebuah kilang semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, ugutan tersebut diterima melalui sepucuk surat daripada sebuah firma guaman yang mewakili tauke kilang tersebut.

“Semalam (kelmarin) saya dapat satu surat dari lawyer (peguam) daripada syarikat sebelum ini yang mengarahkan pekerjanya cuti tanpa gaji tanpa ada apa-apa pampasan.

“Dalam surat itu (surat peguam) syarikat berkenaan minta saya turunkan posting (hantaran), minta maaf dan jika tidak dia nak bawa kes itu ke mahkamah,” katanya dalam satu klip video semalam.

Bagaimanapun, Dr. Akmal berkata, dia langsung tidak gentar dengan ugutan berkenaan dan sedia ‘berlawan’ di mahkamah.

“Saya nak bagitahu kepada tauke kilang tersebut, nak suruh saya minta maaf, nak tuduh saya fitnah, saya tidak takut.

“In your dream, kita jumpa di mahkamah. Hari ini (semalam) peguam saya akan hantar surat balas untuk lawan di mahkamah. Saya tidak pernah takut untuk melawan hak rakyat dan orang-orang di bawah ini,”tegasnya.

Terdahulu, Dr Akmal memberi amaran kepada semua majikan serta ‘tauke’ syarikat supaya tidak menindas orang kampung.

Amaran tersebut diberikan selepas dia menerima aduan daripada 15 individu di kawasannya yang diarahkan oleh majikan mereka supaya mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan bermula 1 Julai ini.

Jelas Ketua Pemuda UMNO itu, perbuatan majikan tersebut seolah-olah menindas hak pekerja dan beliau akan membantu pekerja yang ditindas itu untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya di mahkamah.- Media Telus

+ - reset