TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Wanita kongsi detik cemas terperangkap dalam ruang kargo bas

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 3 Julai - Seorang wanita berusia 20 tahun berkongsi detik cemas apabila terperangkap dalam ruang kargo bas di Johor Bharu pada 25 Jun lalu.

Berkongsi pengalaman menerusi aplikasi media social Xiaohongshunya, wanita pada mulanya cuba mengambil begnya yang telah teralih ke bahagian dalam ruang kargo.

Namun secara tiba-tiba, pintu ruang kargo itu tertutup hingga menyebabkan dia terperangkap di dalamnya.

Wanita itu kemudian cuba mengetuk pintu tersebut untuk meminta bantuan tetapi tiada sesiapa yang mendengar.

Bas itu kemudian mula bergerak tanpa menyedari wanita itu berada di dalam ruang kargo itu hingga menyebabkan mangsa berasa pening.

Wanita itu bagaimanapun Berjaya keluar kira-kira 10 minit selepas itu.

Menurutnya, dia juga kecewa dengan pemandu bas itu yang tidak meminta maaf atau bertanyakan keadaannya ketika itu.

"Insiden itu adalah yang paling menakutkan dalam hidup saya," katanya sambil berharap tiada siapa melalui pengalamannya tu.

Susulan kejadian itu, teman lelaki wanita itu telah menghubungi syarikat bas tersebut yang kemudian meminta maaf atas kejadian itu.

Syarikat itu juga memaklumkan bahawa hujan lebat menyebabkan pemandu tidak menyedari bahawa terdapat orang di dalam ruang kargo.

Tambahnya, Tindakan susulan juga akan dikenakan terhadap pemandu serta kakitangan terlibat untuk mengelak kejadian sama berulang. - Media Telus

#BAS #BASEKSPRES #JOHOR #WANITA

+ - reset