TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tak terganggu politik kebencian, PM wajar dipuji - Puad

By
|
Kongsi
image


Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 3 Julai - Politik kebencian perlu ditolak walaupun digunakan secara tanpa sempadan oleh semua pihak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kembimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan politik kebencian yang makin menebal adalah betul.

"Kita pernah dengar kononnya 40K pengundi hantu diimport guna 16 penerbangan khas setiap hari masa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. 

"PRU14 timbul pula cerita wujud pengundi hantu Bangla. Ada juga yang mengaku kerja dia ialah menghasut. Apakah itu bukan politik kebencian?" katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini.

Menurut Puad, Perdana Menteri wajar dipuji kerana tidak terganggu dengan politik kebencian
 
"Barisan Nasional (BN) pun jalan terus walau pernah jadi mangsa politik kebencian. BN tidak mungkin tumbang tanpa politik kebencian," katanya.

Terdahulu, Anwar meluahkan bahawa situasi politik negara dipenuhi dengan kebencian yang terlalu menebal.

Malah katanya, pelbagai usaha dibuat kerajaan juga sering dijadikan isu politik oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Media Telus

#POLITIKKEBENCIAN #ANWARIBRAHIM #BARISANNASIONAL #PUADZARKASHI #MEDIATELUS

+ - reset